contact
Test Drive Blog
twitter
rss feed
blog entries
log in


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, December 29, 2010

0

HUKUM AQIQAH

Hukum melakukan aqiqah itu adalah sunat mu'akkadah iaitu sunat yang sangat digalakkan oleh Islam. Sebagaimana perbuatan Nabi Muhammad saw ketika Baginda mengaqiqahkan cucundanya Hassan dan Hussain alaihimassalam. Ianya bukanlah perkara yang wajib dilakukan kerana hal ini pernah ditanyakan kepada Rasulullah Shallallahu `alaihi wasallam, lalu Baginda saw bersabda yang maksudnya :

"Allah tidak menyukai kederhakaan, seolah-olah Baginda tidak suka menyebut nama itu (aqiqah). Baginda bersabda: "Barang siapa yang dikurniakan baginya anak, lalu dia ingin menyembelihkan untuk anaknya maka sembelihlah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang sama keadaannya dan bagi anak perempuan seekor kambing."

[HR. Abu Daud]

Maksud hadis daripada perkataan ("suka atau ingin" menyembelihkan untuk anaknya) itu menunjukkan tidak wajib melakukan aqiqah, melainkan jika aqiqah itu dinazarkan barulah ianya dipanggil aqiqah wajib.

Imam Syafi'e berpendapat melaksanakan aqiqah adalah sunat muakkad.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud;

"Berserta anak itu ada aqiqah, maka alirkanlah darah untuknya, dan singkirkanlah sesuatu yang membahayakan daripadanya." [HR. Tirmizi]

"Seorang anak terikat dengan aqiqahnya yang disembelih pada hari ke tujuh, dan dicukur serta diberi nama." [HR. Ahmad dan Tirmizi]

Rasulullah s.a.w. bersabda : " Sesungguhnya Rasulullah s.a.w menuntut untuk dinamakan anak (yang baru lahir) pada hari ketujuh, dicukur rambutnya dan diaqiqahkannya." [HR. Riwayat Tirmizi]

Imam Malik menyatakan bahawa, hukum aqiqah ini adalah perintah yang tidak dapat diperselisihkan lagi.

0

SEJARAH ASAL-USUL IBADAH AQIQAH

Diriwayatkan oleh Buraidah bahawa " Pada zaman Jahiliyyah, apabila kami mendapat seorang anak lelaki, maka kami menyembelih seekor kambing, maka kami mencukur kepala bayi tersebut, lalu kepalanya kami sapu dengan darah kambing yang disembelih itu".Menurut riwayat Ibnu Sakan pula " Orang-orang Jahiliyyah meletakkan kapas yang telah dicelup dengan darah aqiqah lalu kapas yang penuh dengan darah tersebut disapu ke ubun-ubun bayi yang baru saja dilahirkan itu.

Setelah datangnya Islam, perkara itu tidak dibenarkan oleh Rasullullah s.a.w. Baginda saw menyuruh menggantikannya dengan meletakkan haruman kasturi pada kepala bayi yang baru dilahirkan itu.

0



Fadhilat yang diperolehi daripada ibadah korban ini amat besar antaranya:

  • Menambah amal kebajikan. Sabda Rasullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam:
    Maksudnya: "Korban itu bagi tuannya dengan setiap bulunya adalah kebajikan". (Hadis riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)
  • Sebagai penebus dosa Sabda Rasullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam kepada Sayyidatina Fatimah:
    Maksudnya: "Hai Fatimah,berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu". (Hadis riwayat al-Bazzar dan Ibnu Hibban)
  • Mendapat tempat yang mulia di sisi Allah.

    Sabda Rasullah Sallahahu 'Alaihi Wasallam:

    Maksudnya: "Wahai manusia, sembelihlah korban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya, bahawa sesungguhnya darah korban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Azza Wajalla." (Hadis riwayat Thabrani)
  • Rasullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam pernah bersabda:

    Maksudnya : "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai oleh Allah Ta'ala daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tunduk-tunduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih." (Hadith riwayat Tirmizi)
  • Ancaman terhadap orang yang mampu melakukan qurban tetapi tidak melaksanakannya. Daripada Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu katanya, sabda Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam:

    Maksudnya:"Barangsiapa yang ada kemampuan untuk berqurban tetapi tidak melakukannya, janganlah dia hadir bersama kami di tempat sembahyang kami".

0
Monday, December 27, 2010


  • Bilakah waku dilaksanakan IBADAH QURBAN ??????
  • Bermula daripada terbit matahari pada Hari Nahr (10 Zulhijjah)
  • Waktu yang afdhal melakukannya ialah ketika matahari telah naik sekadar 7 kaki dari ufuk.
  • Berkekalan waktu qurban ini sehingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah.

0

0
Sunday, December 26, 2010

  • Qurban Wajib dan Qurban Nazar :

    Bagi daging korban kerana sembelihan wajib seperti nazar maka hukumnya Wajib disedekahkan kesemuanya. Haram ke atas orang yang berkorban itu memakan daging tersebut. Jika telah dimakan daging itu maka Wajib diganti kadar yang dimakan itu tetapi tidak wajib dia menyembelih semula yang lain.
  • Qurban Sunat :
    Bagi daging korban sunat pula, adalah Sunat bagi orang yang empunya korban memakan sebahagian daripadanya sebagaimana firman Allah Ta'ala dalam Surah al-Haj ayat 28:
    Maksudnya : "….Maka makanlah daripadanya dan beri makanlah kepada orang-orang yang sangat fakir. Wajib disedekahkan sebahagian daripada daging-daging korban sunat itu kepada golongan fakir dan miskin yang beragama Islam dalam keadaan mentah lagi basah (belum dimasak).

    Adalah Afdhal jika yang empunya korban itu hanya mengambil sedikit daripada daging korban berkenaan manakala sebahagian besar daripadanya disedekahkan. Daging yang disedekahkan akan menjadi milik penerima sepenuhnya di mana dia boleh menjual, melelong atau menghadiahkan daging tersebut kepada orang lain dan sebagainya.
  • Jika daging korban itu ialah korban disebabkan wasiat dari seorang yang telah meninggal dunia, maka tidak boleh dimakan dagingnya oleh orang yang membuat korban untuknya dan tidak boleh dihadiahkan kepada orang kaya kecuali ada izinnya.
  • Haram menyedekah atau menghadiahkan daging korban kepada orang kafir walaupun sedikit.
  • Tidak harus memindahkan daging qurban ke daerah lain sebagaimana dalam hukum zakat.
  • Haram ke atas orang yang melaksanakan korban atau warisnya menjual daging korban itu atau kulitnya atau bulunya atau sesuatu daripada binatang korban itu sebagaimana sabda Rasullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam : Maksudnya:

    "Siapa yang menjual kulit korban (udhiyyah) itu maka tiada dikira korban baginya." (Hadis riwayat al-Hakim)
  • Haram menjadikan kulit dan daging binatang korban itu sebagai upah kepada penyembelih, tetapi harus diberikan kepadanya dengan jalan sedekah atau hadiah.

0


DALIL PENSYARIATAN

  • Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Kautsar ayat 2 :

    Maksudnya : "Maka kerjkanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban sebagai bersyukur"
    .

  • Allah S.W.T.telah berfirman dalam

    Surah Al-Haj ayat 37


    Maksudnya: "Daging dan darah binatang korban atau hadiah tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yan sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas berdasarkan taqwa dari kamu".

  • Sabda Rasulullah S.A.W.:

    Maksudnya : "Aku diperintahkan dengan menyembelih korban itu dan ia adalah sunat ke atas kamu". (Hadis riwayat Tirmidzi)

0

  • Imam Syafie berpendapat hukum melakukan ibadah qurban ini adalah sunat Muakkadah iaitu sunah yang amat digalakkan atau dituntut ke atas setiap individu Muslim yang merdeka, berakal, baligh lagi rasyid serta berkemampuan melakukannya sama ada sedang mengerjakan haji ataupun tidak sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.
  • Makruh meninggalkan ibadah ini bagi orang yang mampu melakukannya.
  • Hukum qurban ini menjadikan wajib jika seseorang itu telah bernazar untuk melakukannnya atau telah membuat penentuan (at-ta'yin) untuk melaksanakannya seperti seseorang berkata "lembu ini aku jadikan qurban". Jika tidak dilakukan dalam keadaan ini maka hukumnya adalah haram.
  • Daging qurban wajib tidak dibenarkan untuk dimakan oleh yang empunya qurban dan tanggungannya.

0


Qurban ialah menyembelih binatang ternakan ( al-an'am ) yang dilakuakan pada hari Raya 'Iduladha atau hari-hari Tasyriq iaitu pada 10,11,12,dan 13 Zulhijjah dengan tujuan beribadah kepada Allah S.W.T. sebagaimana Firman Allah S.W.T yang bermaksud:-

Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).

(Surah al-Kausar ayat 2)


0
Saturday, December 25, 2010

0
Friday, December 24, 2010




0

فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ

Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).

0
Thursday, December 23, 2010

IdulAdha,dua Ibadah yang sering dikaitkan dengannya ialah Udhiyyah dan Akikah. walaupun Akikah boleh dilakukan sepanjang tahun iaitu apabila sahaja mendapat kelahiran bayi tetapi kebanyakan masyarakat Malaysia melakukan ketika ada Masa dan wang iaitu pada Hari Raya 'IdulAdha yang disambut pada 10,11,12,dan 13 Zulhijjah pada setiap tahun.

Udhiyyah atau Korban ialah ibadah yang sangat dituntut dalam Islam. Ia dilakukan pada 10,11,12, dan 13 Zulhijjah. Akikah pula ialah Ibadat yang dilakukan apabila seseorang itu mendapat zuriat. sekiranya zuriat yang lahir itu lelaki,disunatkan kepada Walinya menyembelih dua ekor kambing, manakala jika bayi itu perempuan disunatkan menyembelih seekor kambing.

0

Pages

Powered by Blogger.

chat


ShoutMix chat widget

~About Me~

My photo
Assalamu'alaikum...selamat datang ke Laman ini. diharap dapat memberi manfaat kepada para pengunjung.

ASMAUL HUSNA

Akhbar Harian

bhariansinar utusan sinar metrokosmo Harakah

IPTA / IPTS

Followers